Ads Top

Main Ad

“Saya Takkan Padam” Dikecam Pakai Baju Nampak Dada, Janna Nick Terima Dengan Hati Terbuka

Selepas memuat naik gambar memakai pakaian yang terselak hingga menampakkan bahagian dada, pelakon Janna Nick teruk dikecam netizen, namun pelakon tersebut tidak melenting dan menerima komen-komen tersebut dengan hati terbuka.

Tidak mahu menegakkan benang yang sudah basah, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata mungkin netizen terkejut apabila dia berpakaian seperti itu kerana selalu melihat dirinya berpakaian boyish.

Walaupun dikecam teruk, pelakon tersebut berkata tidak akan memadam gambar berkenaan dari media sosialnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Advertisement

Kalau orang kata saya seksi saya terima, memang itu seksi lah. Kalau ada yang kata itu biasa pun saya terima. Saya bukan jenis kalau upload akan delete balik jika kena kecam.

Katanya kepada mStar semasa sidang media secara virtual.

Janna Nick

Dalam pada itu, dia turut meminta agar orang ramai untuk mendoakan agar dia berubah menjadi insan yang lebih baik dan sebagai manusia dirinya juga mahu pengakhiran hidup yang baik.

Kita doa yang terbaik sahaja buat Janna.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Saya Takkan Padam” Dikecam Pakai Baju Nampak Dada, Janna Nick Terima Dengan Hati Terbuka first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.