Ads Top

Main Ad

“Seharian DSV Menangis, Tak Makan Fikirkan Cik B..” – Ahmad Iqbal

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli, dia memberitahu bahawa usahawan itu seharian menangis dan tidak makan kerana memikirkan anaknya, Cik B.

Advertisement

Katanya lagi, dia memahami jika Cik B marah akan ibunya yang ingin berkahwin sekali lagi kerana trauma melihat sejarah kehidupan ibunya yang beberapa kali gagal dalam perkahwinan.

Orang luar tidak dapat menggambarkan keadaan Cik B apabila dia marah. Luar biasa, tiada siapa berani untuk masuk dekat.

Dalam pada masa yang sama, dia tidak mengambil berat jika ada pihak yang tidak bersetuju dia berkahwinan dengan DSV, namun meminta agar tidak menambahkan api lagi kepada Cik B sebaliknya meminta orang ramai memberi kata semangat.

Advertisement

IG Story Iqbal

Sekadar info, sejak beberapa minggu yang lalu kisah percintaan diantara DSV dan Iqbal menjadi topik utama perbualan warganet di media sosial kerana pasangan ini dilihat terlalu mendedahkah setiap inci hubungan yang terjalin.

Tetapi impian mereka untuk mendirikan rumah tangga tidak direstui oleh anak sulung usahawan itu, namun semalam DSV mengesahkan dirinya dan bakal suami akan melangsungkan pernikahan sekitar bulan Disember.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Seharian DSV Menangis, Tak Makan Fikirkan Cik B..” – Ahmad Iqbal first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.