Ads Top

Main Ad

Semakin Kacak, Penampilan Mamat Sepah Curi Tumpuan Netizen

Sudah lama tidak mendengar perkembangan pelawak Mamat Sepah daripada dunia hiburan tempatan.

Advertisement

Terbaru, isteri kepada Mamat, Diana Ibrahim ada memuat naik video pendek memaparkan suaminya itu yang kelihatan agak berlainan daripada dahulu.

View this post on Instagram

A post shared by CikNanako? (@_cik_nana)

Semakin kacak dan kemas, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad,36, dilihat sedang berada di sebuah kedai makan yang tidak dapat dipastikan lokasinya di mana.

“Morning my beloved husband..” tulis Diana ringkas di bahagian kapsyen video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial serta peminat memuji penampilan Mamat yang kini semakin baik semenjak berumah tangga.

Mamat SepahtuSumber : TikTok Diana  
View this post on Instagram

A post shared by CikNanako? (@_cik_nana)

“Dah potong rambut dan berisi..pandai kakak polis jaga..” tulis seorang netizen.

“Dah rupa Kamal Adli dah. Mamat sepah ni kan.” sahut peminat yang lain pula.

Advertisement

Malah, ada juga mengambil kesempatan mendoakan agar perkahwinan yang dibina pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Sekadar info, Mamat Sepah dan Diana telah selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2020 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Semakin Kacak, Penampilan Mamat Sepah Curi Tumpuan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.