Ads Top

Main Ad

“Semoga Kandungan Anak Soleh, Solehah” – Ebit Lew Doakan Kehamilan Intan Ladyana

Walaupun pelakon jelita, Intan Ladyana masih mendiamkan diri dari menjawab dakwaan kehamilannya, banyak pihak yang terus menerus membuat spekulasi berkenaan dengan khabar berita gembira itu.

Bagaimanapun, tular sebuah video ucapan dan doa yang dititipkan oleh pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew baru-baru ini ibarat mengiyakan tentang kehamilan pelakon tersebut.

Dalam video yang dikongsikan oleh suami Intan iaitu Harris Alif, dia meminta satu permintaan dari Ebit Lew untuk mendoakan kesejahteraan isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Advertisement

Dalam pada mendoakan semoga hubungan suami isteri tersebut kekal hingga ke Jannah, Ebit turut mendoakan untuk kandungan Intan ketika ini.

Semoga Harris dan Intan Allah sentiasa beri bahagia sampai bila-bila, mati pun dipisahkan sampai ke syurga Firdaus. Mudah-mudahan selamat In Shaa Allah kandungan anak yang soleh dan solehah.

 

 

Pelakon drama Adnan Sempit itu turut meninggal komen dengan berkata Aminn dalam hantaran yang sama.

Intan Ladyana dan Harris Alif

Terdahulu, tular berkenaan pelakon ini sedang berbadan dua ekoran tersebarnya sebuah foto dan video yang menampakkan baby bump pada perut Intan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Semoga Kandungan Anak Soleh, Solehah” – Ebit Lew Doakan Kehamilan Intan Ladyana first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.