Ads Top

Main Ad

Shuib Sepahtu Bakal Bertemu Ayash Affan Buat Pertama Kali Hari Ini

Selepas hampir sebulan pelawak, Shuib Sepahtu menanti untuk bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan, akhirnya menerima khabar berita gembira apabila pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM) memberitahu dia boleh berjumpa dengan anaknya pada hari ini.

Advertisement

Perkara ini lebih bermakna dan manis apabila berita gembira itu diterima olehnya pada hari kelahiran beliau yang ke-37, semalam.

Esok (hari ini) sudah boleh ke hospital tengok Ayash. Esok juga akan jadi hari pertama melihat dan menyentuhnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Bagaimanapun, pelawak dari kumpulan Sepahtu itu tidak berkongsikan lebih lanjut sama ada anak bongsunya itu sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah ataupun tidak.

Advertisement

IG Story Shuib

Sekadar info, pada 26 Ogos lalu, Shuib memaklumkan Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos yang lalu sudah pun dikeluarkan dari inkubator di HTCM UKM dan dijangkan boleh dibawa keluar sekitar bulan ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Shuib Sepahtu Bakal Bertemu Ayash Affan Buat Pertama Kali Hari Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.