Ads Top

Main Ad

Solekan Alha Alfa Raih Pujian Peminat, Zizi Kirana Tampil Berseri Di Hari Bahagia

Jurusolek terkenal, Alha Alfa mencuri perhatian peminat apabila dia tampil berkongsikan foto solekan dan tata rias penyanyi Zizi Kirana yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan kelmarin secara dekat, semalam.

Advertisement

Foto tersebut dimuat naik Alha menerusi sebuah hantaran di Instagramnya untuk tatapan peminat.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan tahniah buat Zizi dan suami, pelakon Yusuf Bahrin di atas pernikahan mereka pada hari Ahad yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

Zizi yang tampil berbusana songket berwarna hitam tampil menawan dengan hasil solekan berwarna jingga lembut di wajahnya.

Ternyata sentuhan magis Alha itu telah meraih pujian peminat di mana dia berjaya menjadikan wajah Zizi tampil berseri lebih daripada kebiasaan.

“Orang dah memang cantik, touch up pula dengan sentuhan power alha alfa, auto cantik manis sangat..” tulis seorang pengguna Instagram di bahagian komen.

“Serius cantik nampak seri pengantin. Semua bintang datuk dapat.” sahut seorang lagi peminat.

View this post on Instagram

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

Sekadar info, antara selebriti yang pernah mendapat sentuhan Datuk Alha Alfa adalah seperti Elisya Sandha, Ayda Jebat, Farah Nabilah dan ramai lagi.

Advertisement

Terdahulu, Zizi dan suami, pelakon Yusuf Bahrin telah selamat dinikahkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju sekitar jam 10.40 pagi kelmarin.

Penyanyi lagu Eh! itu difahamkan telah menerima mas kahwin bernilai RM300, sebentuk cincin, gelang tangan serta senaskah Al-Quran.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Solekan Alha Alfa Raih Pujian Peminat, Zizi Kirana Tampil Berseri Di Hari Bahagia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.