Ads Top

Main Ad

“Suami Yang Hebat..” Fazura Titip Ucapan Buat Fattah Amin Sempena Hari Lahir Ke-31

Sempena hari kelahiran pelakon terkenal Fattah Amin yang ke-31, isteri pelakon itu iaitu Nur Fazura tampil menitipkan ucapan hari jadi dan rasa sayang tak terhingga buat suami tercinta.

Advertisement

Dedikasi khas itu dizahirkan Fazura menerusi sebuah hantaran Instagram yang turut dikongsikan buat tatapan peminat di luar sana.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Fazura dalam ucapannya itu menyifatkan Fattah sebagai seorang suami yang hebat dan mengucapkan terima kasih di atas segala kesabaran dan kesetiaan Fattah ketika bergelar suami.

Terima kasih dia atas segala yang dilakukan, kesabaran dan limpahan kasih sayang setiap hari kepada kami. Semoga Allah sentiasa merahmati dengan barakah dan mengurniakan segala yang diimpikan dunia dan akhirat.

Pelakon jelita ini turut berkongsi foto sambutan ringkas bertemakan warna biru lembut bersama-sama Fattah dan anak mereka, Nur Fatima Aisya.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2 Oktober lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Suami Yang Hebat..” Fazura Titip Ucapan Buat Fattah Amin Sempena Hari Lahir Ke-31 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.