Ads Top

Main Ad

Suhaimi Saad Ubatkan Anak Demam Dengan Hanya Segelas Air Dibacakan Al-Fatihah

Sedia maklum, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad sebelum ini sering mendapat perhatian orang ramai dengan kontroversi yang sering dicetus olehnya.

Advertisement

Kali ini, perkara yang mendapat menarik perhatian warganet adalah apabila dia memuat naik sebuah status di akaun Facebooknya cara dia menyembuhkan demam anak-anaknya.

Di dalam perkongsian itu, dia memberitahu dia mengambil inisiatif sendiri dengan hanya memberi minum segelas air yang dibacakan Al-Fatihah bagi menyembuhkan anak-anaknya yang dijangkiti demam sama seperti dirinya.

Facebook Suhaimi Saad

Sebelum itu, dia ada berkongsi sebuah status di mana dia memberitahu dirinya sudah sekian lama tidak demam dan difahamkan anak-anaknya juga turut demam.

Terdahulu, menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya, Suhaimi sempat menjawab pertanyaan seorang pengikutnya adakah dirinya sudah mengambil suntikan vaksin dan memberitahu beliau tidak memilih cari ikhtiar seperti itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Suhaimi Saad Ubatkan Anak Demam Dengan Hanya Segelas Air Dibacakan Al-Fatihah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.