Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Johan Dan Ozlynn Wati Selamat Timang Cahaya Mata Ke-6

Langsung tidak dihidu oleh sesiapa, pasangan Johan dan Ozlynn Wati telah pun selamat menimang cahaya mata ke-6 pada Jumaat lepas. Berita baik itu didedahkan oleh sebuah entri yang dimuat naik oleh Era FM pada petang tadi.

Advertisement

Menerusi foto berkenaan, Johan dilihat sedang tidur sambil mendukung bayinya di sebuah tempat dipercayai wad hospital.

Alhamdulillah, isteri Johan selamat melahirkan cahaya mata baru mereka pada 3 September 2021. Semoga ibu dan bayi sihat sentiasa.

Pun begitu, tiada informasi lain yang didapati mengenai kelahiran tersebut. Bahkan rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut mereka dengan berita yang tidak disangka itu.

johan ozlynn

Advertisement

Tidak menunjukkan sebarang tanda mahupun klu mengenai kehamilannya, sudah pasti kelahiran bayi baru ini merupakan sesuatu yang mengejutkan buat semua.

Bahkan perkara itu langsung tidak dikongsikan oleh Ozlynn mahupun Johan di laman media sosial mereka.

Apa pun, tahniah buat pasangan ini!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAHNIAH) Johan Dan Ozlynn Wati Selamat Timang Cahaya Mata Ke-6 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.