Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Serba Hitam, Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Selamat Bernikah Hari Ini

Bukan seperti yang diuar-diuarkan bakal bernikah bulan hadapan, sebaliknya penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin telah selamat diijabkabulkan pagi tadi.

Advertisement

Pernikahan pasangan itu terjawab setelah dilihat berbusana pengantin warna hitam berada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pagi tadi.

Menerusi Instagram Live di akaun Zizi menunjukkan pasangan tersebut sedang melangsungkan acara pernikahan bersama juru nikah sekitar jam 10:45 pagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Advertisement

Penyanyi itu kemudiannya membuat satu lagi siaran langsung di Instagram menampilkan dirinya dan suami, Yusuf selepas akad nikah dan dilihat sedang bergambar bersama.

Di dalam siaran tersebut, pasangan yang baru sahaja disatukan itu dibanjiri dengan ucapan tahniah dalam kalangan peminat serta rakan selebriti.

Terdahulu, kecoh khabar angin mengatakan mereka bakal menamatkan zaman bujang pada bulan hadapan, namun masing-masing mendiamkan diri dan tidak mengesahkan apa-apa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAHNIAH) Serba Hitam, Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Selamat Bernikah Hari Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.