Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Syida Melvin Hamil Anak Kedua, Dah Masuk 26 Minggu

Pelakon Syida Melvin mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua dan sudah pun memasuki minggu yang ke-26.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan pelakon drama Dodol Untuk Menantu itu menerusi sebuah hantaran Instagram, baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by CDA (@syidamelvin)

Syida yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu juga berkongsi sebuah foto yang difahamkan baru sahaja melakukan pemeriksaan kandungan di sebuah pusat perubatan.

Harini, setelah 1 tahun 7 bulan lepas kelahiran anak sulungku @safasafeera kami kembali ke tempat bersejarah ini. Tak tau kenapa masuk-masuk ja hospital tadi untuk checkup, terus rasa sejuk kaki tangan. Sebab teringatkan momen beranak last year  Feb 20.

Dia dalam pada itu turut memohon doa daripada orang ramai agar urusannya dipermudahkan dan berjalan lancar.

View this post on Instagram

A post shared by CDA (@syidamelvin)

Advertisement

Terdahulu, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin,24, telah mendirikan rumah tangga dengan suami, Mohamad Syafiq Azim Shaheen,32, pada Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Safa Safeera pada 20 Februari 2020.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAHNIAH) Syida Melvin Hamil Anak Kedua, Dah Masuk 26 Minggu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.