Ads Top

Main Ad

“Tahun Yang Luar Biasa, Tiada Lagi Sambutan Hari Lahir Bersama..” – Shuib Sepahtu

Sebelum ini, bulan September merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh pelawak, Shuib Sepahtu dan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin bagi meraikan ulang tahun kelahiran bersama.

Advertisement

Shuib yang dilahirkan pada tanggal 12 September, manakala arwah isterinya pula dilahirkan pada 15 September, hanya berselang tiga hari tetapi pada tahun yang sama iaitu 1984.

Namun, kini kenangan manis menyambut ulang tahun kelahiran bersama hanya tinggal kenangan apabila penyanyi Siti Sarah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Advertisement

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Shuib di Instagram, difahamkan sambutan hari lahirnya disambut ketika pelawak itu membawa ahli keluarganya beriadah di sebuah kawasan rekreasi air terjun susulan kini Lembah Klang telah beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

Shuib dan anak-anak

Hantaran itu telah menerima lebih 300,000 tanda suka dari pengikutnya dan rata-rata pengikut serta rakan selebriti seperti Elly Mazlein, Ajak Shiro dan ramai lagi meninggalkan ucapan hari lahir buat bapa kepada tiga orang anak itu di ruangan komen tersebut.

Selamat Hari Jadi Shuib!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tahun Yang Luar Biasa, Tiada Lagi Sambutan Hari Lahir Bersama..” – Shuib Sepahtu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.