Ads Top

Main Ad

“Tak Boleh Tunggu Ke Pergi Langkawi Tu?” – Nabila Huda Harap Pertanyaan Tak Disalah Erti

Pengacara dan pelakon terkenal, Nabila Huda memohon pertanyaan yang diciap olehnya di Twitter tidak disalah anggap oleh netizen berhubung dengan sesetengah individu yang tidak boleh bersabar setelah kerajaan mengumumkan ‘sesuatu’.

Advertisement

Menerusi beberapa ciapan yang dibuat oleh Nabila atau lebih senang dikenali sebagai Abil, dia hanya tertanya dengan sikap sesetengah individu yang seolah-olah tidak boleh bersabar setiap kali kerajaan memberi kelonggaran pada sesuatu perkara.

Advertisement

Misalnya menurut pelakon tersebut, ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai pihak yang berpusu-pusu dan bersesak di pasar raya.

Nabila Huda

Sebelum itu, pelakon filem M4M4 ini ada memuat naik satu ciapan kerana musykil dengan kebanjiran orang ramai di Pulau Langkawi semalam.

Bagaimanapun, beliau meminta agar pengikutnya di Twitter tidak salah anggap dengan pertanyaan peribadinya itu.

Terdahulu, media melaporkan Langkawi kembali menerima pelancong pada hari pertama gelombang perlancongan bermula semalam, selepas sekian lama ditutup akibat penularan COVID-19 yang teruk di negara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tak Boleh Tunggu Ke Pergi Langkawi Tu?” – Nabila Huda Harap Pertanyaan Tak Disalah Erti first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.