Ads Top

Main Ad

(TAKZIAH) Datuk Meninggal Dunia, Bella Astillah Kesal Tak Dapat Bersama Saat Akhir

Pelakon Bella Astillah kelmarin memaklumkan bahawa dia dan keluarga telah kehilangan datuk kesayangan yang dikenali sebagai Lolo pada hari Jumaat yang lalu.

Advertisement

Ujar Bella, dia berasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan datuknya ketika saat terakhir kerana dia berada di Sabah pada ketika itu atas urusan kerja.

Menambah kekesalan, Bella berkata sebelum ini ketika berada dekat dengan Lolo, mereka sekeluarga juga tidak dapat berjumpa kerana keadaan negara pada ketika ini yang dilanda COVID-19.

Difahamkan, Allahyarham juga perlu melalui pemeriksaan forensik untuk memastikan ada atau tidak wabak COVID-19 sebelum proses pengebumian.

Atuk sedang di forensik (kalau jenazah positif COVID kami tidak boleh ambil, kalau negatif baru boleh) Allahuakbar. Sampai bila nak macam ni?! Hanya boleh tengok saat-saat akhir beliau melalui video call tak dapat peluk, tak dapat cium. Allahuakbar.

Allahyarham dilaporkan berusia 70 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir. Takziah diucapkan buat Bella dan keluarga di atas kehilangan datuk tercinta.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAKZIAH) Datuk Meninggal Dunia, Bella Astillah Kesal Tak Dapat Bersama Saat Akhir first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.