Ads Top

Main Ad

Tamat Kuarantin, Caprice ‘Isytihar’ Misi Perangi Golongan Munafik Dan Pelaku Jenayah Seksual

Penyanyi rap sensasi, Caprice khabarnya telah selesai menjalani kuarantin selama 14 hari, semalam.

Advertisement

Dia yang telah menanggalkan gelang tangan atau tag kuarantin itu turut berkongsi momen tersebut dalam sebuah hantaran di media sosialnya untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli itu kemudiannya mengisytiharkan misi terbaru iaitu perang terhadap golongan yang telah mencemarkan kesucian agama dan bangsa termasuklah golongan pedofilia.

Esok (hari ini) saya bebas. Hari ini adalah permulaan perang saya melawan predator seksual, pedofilia dan orang-orang munafik. Saya tidak akan pernah berhenti selagi orang itu tidak meringkuk dalam penjara. Ingat tu.

Advertisement

Dia dalam pada itu turut menyampaikan pesanan kepada mereka di luar sana agar tidak menjadikan ugutan bunuh sebagai jenaka atau sekadar hiburan di media sosial.

Caprice IG StorySumber : Instagram Caprice  
CapriceSumber : Instagram Caprice  

Tulisnya lagi, semenjak difitnah oleh seorang individu yang tidak disebutkan nama, dia menjadi buruan malah menerima banyak ugutan bunuh.

Terdahulu, Caprice mendedahkan bahawa dia menerima hampir lebih 60 ugutan bunuh berikutan kegiatan dakwahnya di Gaza, Palestin telah disalah erti oleh sesetengah pihak.

“Dekat dunia, yang berani ugut, kita ada undang-undang. Jumpa saya depan-depan dahulu baru selesai.” tegasnya lagi di hantaran Instagram tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tamat Kuarantin, Caprice ‘Isytihar’ Misi Perangi Golongan Munafik Dan Pelaku Jenayah Seksual first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.