Ads Top

Main Ad

Tamat Pengajian Di UK, Atisha Khan Buat Sambutan Kecil-Kecilan Di Rumah Bersama Keluarga

Adik kepada selebriti terkenal dan juga personaliti media sosial, Atisha Khan khabarnya telah selesai menamatkan pengajian di United Kingdom.

Advertisement

Atisha menerusi hantaran Instagram miliknya turut berkongsi momen-momen indah bersama keluarga sempena meraikan kejayaannya itu dengan mengadakan majlis kecil-kecilan sesama mereka.

Tampil cantik berjubah konvokesyen, Atisha kelihatan gembira meraikan sambutan itu bersama ibu, bapa, neelofa dan juga adik beradiknya yang lain.

Manakala dalam satu hantaran yang berasingan, ibu Atisha, Datin Noor Kartini turut membuat ucapan penghargaan buat anaknya itu di atas kejayaan membanggakan berjaya menggenggam segulung ijazah.

Tahniah anakku sayang @atishakhan. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat pada seluruh umat. Amin..” tulis Noor Kartini bangga.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya tampil mengucapkan tahniah di atas pencapaian cemerlang Atisha.

Advertisement

Sekadar info, gadis berusia 23 tahun ini merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom.

Dia juga merupakan seorang vlogger terkenal da turut mempunyai pengikut hampir 315,000 di saluran Youtube miliknya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tamat Pengajian Di UK, Atisha Khan Buat Sambutan Kecil-Kecilan Di Rumah Bersama Keluarga first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.