Ads Top

Main Ad

Tangguh Kongsi Wajah Ayash Affan, Shuib Elak Terkena Penyakit Ain

Pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu mengambil keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak bongsunya, Ayash Affan kepada umum setelah mendengar pandangan beberapa kenalan dalam kalangan ahli agama.

Advertisement

Ujar Shuib, keputusan itu diambil demi menjaga keselamatan anaknya itu yang kini berusia hampir sebulan itu dan untuk mengelakkan penyakit Ain.

Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas majlis bacaan Yassin sempena 40 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah pada malam Jumaat lalu.

Tentang wajah Ayash, wallahualam saya tak tahu bila boleh dedahkan. Saya ada bertanya beberapa ustaz risau dengan penyakit ain apabila orang puji comel sebab dia belum matang lagi. Kalau ikut sunah Nabi S.A.W pun bayi kecil ni tak pelru expose dulu.

Jelasnya, dia tidak akan keberatan untuk berkongsi wajah Ayash apabila tiba waktu yang sesuai nanti kepada umum.

Sekadar info, penyakit ain ialah sejenis penyakit berpunca daripada pandangan mata manusia.

Advertisement

Dia dalam pada itu memaklumkan bahawa fokus utamanya kini ialah anak-anak selain perusahaan minuman, Bubblebee yang agak lama ditinggalkan kerana sibuk menguruskan anak-anak di rumah setelah pemergian isteri tercinta.

Pada Januari lalu, Shuib ada mengumumkan bahawa ingin berehat seketika daripada dunia seni sehingga ke tarikh yang belum diketahuinya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tangguh Kongsi Wajah Ayash Affan, Shuib Elak Terkena Penyakit Ain first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.