Ads Top

Main Ad

“Terima Kasih Atas Doa Semua..” – Nourul Depp Sekeluarga Selamat Pindah Ke Bali

Sebelum ini, penyanyi Nourul Depp ada memaklumkan bahawa dirinya dan keluarga bakal menetap di Bali, Indonesia, namun disebabkan keadaan negara sedang mengalami pandemik membuatkan proses perpindahan mereka tertangguh.

Advertisement

Dalam beberapa hantaran video yang dikongsikan oleh beliau di Instagram, terlihat dia dan keluarga sibuk memuatkan bagasi serta sedang berada di lapangan terbang.

Tahun lalu, tak dapat sebab mereka tutup untuk urusan visa. Tahun ini, mereka buka, Alhamdulillah kami dapat pergi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Dalam pada masa yang sama, Nourul turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang mendoakan agar perjalanan mereka sekeluarga dilancarkan.

Nak ucapkan terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Apa-apa, nanti saya akan ‘update’ di YouTube.

Nourul Depp dan anaknya

Terbaharu, kini penyanyi itu serta keluarganya sudah pun selamat sampai ke destinasi yang dituju dan memaklumkan bermulanya lapan hari kuaratin mereka sekeluarga di Jakarta, Indonesia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Terima Kasih Atas Doa Semua..” – Nourul Depp Sekeluarga Selamat Pindah Ke Bali first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.