Ads Top

Main Ad

Terlalu Ramai Mendesak, Abby Abadi Tutup Bantuan Wallet Kasih PKP

Pelakon, Abby Abadi terpaksa menutup tabung saluran kebajikan kendaliannya, Wallet Kasih PKP kerana menerima terlalu banyak permintaan daripada orang ramai.

Advertisement

Menurut pelakon tersebut, tabung bantuan kepada golongan terjejas itu terpaksa ditutup kerana kekurangan dana. Dia juga tidak tahan didesak penerima bantuan yang sama berulang kali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi Faizal (@abby_abadi112)

Bekas anggota kumpulan Elite ini walau bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada tabung bantuan ditutup untuk sementara waktu atau selamanya. Baki sumbangan orang ramai sebanyak RM5,000 telah diagihkannya kepada mereka yang memerlukan.

Advertisement

abby abadi

Dalam pada itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mengucapkan terima kasih kepada pada penderma termasuk rakan artis yang telah banyak membantunya menerusi Wallet Kasih PKP.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Terlalu Ramai Mendesak, Abby Abadi Tutup Bantuan Wallet Kasih PKP first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.