Ads Top

Main Ad

Terpaksa Jadi Badut, Alam Wakaka ‘Layan’ Saja Ragam Isteri Hamil

Penari profesional dan juga pelakon Alam Wakaka baru-baru ini ada berkongsikan ragam isteri tersayang, Nurul Alisya Najwa Hazman,20, yang kini hamil anak pertama.

Advertisement

Ujar Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman,35, isterinya itu kini sedang mengalami perubahan emosi yang ketara sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, dia tidak mempunyai pengalaman menghadapi ragam dan perubahan emosi wanita mengandung namun sedaya upaya untuk mempelajari ilmu baru serta perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Advertisement

Saya tak ada pengalaman lagi nak jaga isteri mengandung, ni yang pertama jadi banyak benda saya tak tahu dan perlu bersedia. Sejak akhir-akhir ni dia selalu moody. Kadang-kadang ok, adakalanya sayu je..mungkin sebab pembawakan budak.

Kongsi Alam lagi, dia perlu membuat perkara lucu malah pernah menjadi badut hanya untuk menceriakan isteri tersayang.

Tanggal 14 September lalu, Alam telah menerima kejutan di hari kelahirannya yang ke-35 setelah dimaklumkan isteri bahawa dia  bakal menjadi bapa tidak lama sahaja lagi.

Alam juga memaklumkan bahawa Alisya juga sering muntah-muntah dan menunjukkan sikap aneh.

Semalam berlaku kejadian paling pelik, masa saya lap motor dia tiba-tiba menangis depan pintu. Saya hairan kenapa ni, apa salah aku? Isteri kata dia tak tahu tiba-tiba rasa nak menangis, menangis macam ada masalah besar pula tu. Perlu pujuk lama sebelum mood dia kemabli okay.

Terdahulu, Alam dan Najwa telah mendirikan rumah tangga pada 7 Mac lalu bertempat di Pejabat Agama Segamat, Johor.

Sekadar info tambahan, Alam mula membuat kemunculan di dunia seni setelah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama selain membintangi filem Sayang You Can Dance serta drama realiti berjudul Alam’s Story.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Terpaksa Jadi Badut, Alam Wakaka ‘Layan’ Saja Ragam Isteri Hamil first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.