Ads Top

Main Ad

Teruja Bakal Dapat Adik Baru, Yamani Abdillah Mahu Adik Lelaki

Sedia maklum, ramai yang teruja apabila penyanyi veteran, Datuk Jamal Abdillah berkongsikan khabar berita gembira tentang kehamilan isterinya, Datin Zai Izzati baru-baru ini.

Bukan peminat sahaja yang teruja mendengar khabar gembira itu, malah anak sulungnya juga iaitu penyanyi, Yamani Abdillah turut memberitahu tidak sabar menanti kelahiran adik yang masih dalam kandungan itu.

Seronok dapat tahu nak dapat adik lagi.. Alhamdulillah! masa awal-awal saya pun tak tahu, selalu mesej bapa tanya khabar sahaja. Rupa-rupanya ada suprise, tak lama lagi bakal dapat adik kelima.

Dalam pada itu, penyanyi tersebut turut berharap agar adik yang bakal dilahirkan itu nanti merupakan jantina seorang lelaki kerana berharap dapat melakukan band bersama.

Sekadar info, Yamani merupakan anak sulung kepada Jamal hasil perkahwinan dengan Noraina Mohd Yusof, manakala anak kedua iaitu Zaki Yamani merupakan hasil perkahwinan yang ketiga dan kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Zai Izzati pada 6 April 2017, dikurniakan dua cahaya mata.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Teruja Bakal Dapat Adik Baru, Yamani Abdillah Mahu Adik Lelaki first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.