Ads Top

Main Ad

Tetap ‘Nervous’ Dan Paranoid, Nora Danish Dan Keluarga Bercuti Di Langkawi

Pelakon Nora Danish khabarnya telah mengambil kesempatan yang ada untuk berlibur ke Langkawi, Kedah bersama suami dan anak-anak setelah dibenarkan untuk berbuat demikian oleh kerajaan, bermula pada hari ini.

Difahamkan, Nora dan keluarga telah bertolak ke pusat pelancongan itu menaiki penerbangan pada pagi tadi dan menginap di sebuah hotel.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Perkara tersebut turut dikongsikan pelakon jelita itu di Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

BACA: Muat Naik Foto ‘Belanja’, Nora Danish Undang Kecaman Netizen

Dalam hantaran lain, suami Nora iaitu Mohamad Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned tidak menafikan bahawa mereka tetap berdebar dan paranoid untuk bercuti.

Kali pertama mengembara menggunakan kapal terbang setelah sekian lama. Tidak dinafikan, sedikit cemas dan paranoid. Semuanya sudah diselesaikan, RTK Tes, surat doktor, ioniser dan pelitup muka.

Perkongsian tersebut ternyata telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada peminat dan ramai mendoakan agar perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan Langkawi sudah boleh dikunjungi pelancong domsetik yang lengkap dua dos vaksin dan memenuhi SOP ditetapkan daripada seluruh negara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tetap ‘Nervous’ Dan Paranoid, Nora Danish Dan Keluarga Bercuti Di Langkawi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.