Ads Top

Main Ad

Tiada Pelanggaran Kontrak Antara Pengasas Produk, Mahkamah Sabitkan Nur Fazura Tidak Bersalah

Pelakon Nur Fazura serta Universal Music Sdn Bhd telah disabitkan tidak melanggar mana-mana kontrak oleh Mahkamah Tinggi sekaligus menolak saman yang dikemukakan oleh pemilik Maydan Trading ke atasnya.

Perkara tersebut dikemukakan oleh Mahkamah Rayuan yang dibarisi tiga panel hakim iaitu Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun dimana telah menolak rayuan Narhamdan Abd Malek dan turut mengarahkan individu tersebut untuk membayar kos RM10,000 kepada Nur Fazura.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Peguam yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan telah mengesahkan keputusan mahkamah dan memutuskan bahawa tiada pelanggaran kontrak oleh anak guamnnya dan Universal Music.

Narhamdan, yang memiliki produk kesihatan yang dikenali sebagai ‘Q Tab’ telah memfailkan saman pada 16 Disember 2017 dan mendakwa Fazura telah melanggar kontrak apabila pelakon itu telah memasarkan produknya sendiri iaitu ‘TRUDOLLY TruBeauty’ dalam masa yang sama kontraknya bersama Narhamdan berjalan.

Advertisement
Narhamdan dan peguamSumber : mStar Online 

Pemilik produk itu kemudian memaklumkan bahawa pelancaran produk Fazura itu telah mewujudkan persaingan dan pemasaran untuk produk Q Tab diabaikan sekaligus menyebabkan kerugian dari segi jualan.

Manakala Fazura dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 29 Januari 2018 mendakwa dirinya tidak pernah memasuki mana-mana perjanjian dengan perayu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

The post Tiada Pelanggaran Kontrak Antara Pengasas Produk, Mahkamah Sabitkan Nur Fazura Tidak Bersalah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.