Ads Top

Main Ad

“Tipu Kalau Saya Cakap Saya Tak ‘Koyak’..” – Dr Say Akui Tak Mudah Jaga Dua Anak Kecil

Doktor dan pengacara yang dikenali ramai iaitu Dr Say Shazril mengakui tidak mudah untuk menjaga dua orang anak kecil dalam satu masa.

Advertisement

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Dr Say di Instagram baru-baru ini, disebabkan jadual kerjanya, ada ketika dia berasa ‘koyak’ sewaktu menjaga dua anaknya iaitu Ace dan Sef.

“Doc ada moment yang doc koyak tak?”. Tipu kalau saya cakap saya tak ‘koyak’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Menurut Dr Saya atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin, menjaga anak itu memang bukan satu perkara yang mudah namun jika berkorban sedikit masa dari bermain mobile game khususnya buat kaum bapa, pasti akan dipermudahkan.

Advertisement

Bagaimanapun, jelas beliau, pengalamannya menjaga Ace dahulu banyak membantu selain merasakan dirinya menjadi lebih matang setelah lahirkan anak kedua mereka ini.

Dr Say dan keluarga

Sekadar info, Dr Say dan Dr Azura Babas telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aezreil dan Sefriel dilahirkan pada bulan lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tipu Kalau Saya Cakap Saya Tak ‘Koyak’..” – Dr Say Akui Tak Mudah Jaga Dua Anak Kecil first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.