Ads Top

Main Ad

“Tok Ang..” – Peminat Dakwa Sharnaaz Tengah ‘Try’ Fify Azmi, Ini Respon Balasnya

Umum sedia maklum, pelakon Sharnaaz Ahmad sering mencuit hati peminat dengan ragam melucukan setiap kali bersiaran langsung bersama rakan baiknya, Shukri Yahya.

Advertisement

Selain menceritakan mengenai isu semasa, Shukri dilihat gemar mengusik Sharnaaz dengan mengatakan pelakon itu sedang berkenalan dengan seseorang. Tidak menyebut nama dengan jelas, Shukri meminta para peminat meneka siapakah gerangan selebriti wanita tanah air itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

Dakwaan mula timbul apabila peminat menghujani ruangan live tersebut memetik nama pelakon wanita, Fify Azmi. Spekulasi yang tercetus dalam kalangan peminat itu sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah hubungan Sharnaaz bersama Azira Shafinaz sekadar kawan biasa?

Advertisement

Meninjau ke ruangan Instagram, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu dilihat menjawab dakwaan yang sedang hangat diperkatakan tersebut.

sharnaaz fify azmi

Menurut pelakon filem Juvana ini, spekulasi yang tersebar adalah khabar angin semata-mata. Setiap hari dia hanya menghabiskan masa menjaga anak dan tidak cuba untuk mendekati mana-mana wanita.

Penjelasan yang dibuat disertakan emoji ‘ketawa’ berseloroh kemungkinan dia sendiri tidak ingat perkara tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tok Ang..” – Peminat Dakwa Sharnaaz Tengah ‘Try’ Fify Azmi, Ini Respon Balasnya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.