Ads Top

Main Ad

Tolak Tawaran Derma Buah Pinggang, Ebby Yus Maklum Kesihatan Semakin Baik

Pelawak terkenal, Ebby Yus mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan buah pinggang baru oleh peminat yang prihatin namun menolaknya kerana keadaan kesihatannya masih terkawal dan semakin baik.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid,56, menjelaskan bahawa kesihatannya kini hanya perlu menjalani pemeriksaan sekali pada  setiap enam bulan.

View this post on Instagram

A post shared by Ebbyyus (@ebbyyusoriginal)

Ujarnya lagi, dia kini masih boleh bekerja dan meskipun mengalami masalah kesihatan melibatkan enam penyakit, dia bersyukur kerana semuanya semakin baik.

Alhamdullilah..tahap kesihatan saya semakin baik. Sebenarnya ada seorang wanita dan seorang lelaki nak dermakan buah pinggang mereka kepada saya.Tapi saya cakap dekat mereka, setakat sekarang ni syukur Alhamdullilah..saya belum memerlukan pemindahan buah pinggang dan boleh bekerja.

Pelakon siri sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu ditemui ketika pelancaran gerai minuman SemoothNgopi milik pelawak Shuk Sahar di Denai Alam, baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Ebbyyus (@ebbyyusoriginal)

Advertisement

Terdahulu, Ebby mengakui dia kini menderita pelbagai jenis penyakit termasuklah kerosakan buah pinggang bocor, jantung, darah tinggi, gastrik, saraf, prostat sejak beberapa tahun lalu.

Perkembangan terkini, Ebby meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan rezeki dan peluang pekerjaan daripada rumah seperti membuat ulasan produk di media sosial.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tolak Tawaran Derma Buah Pinggang, Ebby Yus Maklum Kesihatan Semakin Baik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.