Ads Top

Main Ad

Transgender Atau Kes Penipuan Duit Stokis? Penahanan Sajjad Jadi Perdebatan Netizen

Kecoh di media sosial sejak beberapa hari ini apabila pengusaha kosmetik terkenal, Muhammad Sajjad atau lebih mesra disapa sebagai Sajat dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa ketika berada di Bangkok, Thailand.

Advertisement

Susulan daripada penahanan itu, muncul pula perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial di mana ada yang merasakan Sajat tidak bersalah dan menjadi pelarian semata-mata hanya kerana status dirinya sebagai seorang transgender.

SajatSumber : Google  

Berikutan itu, ada yang beranggapan bahawa kes Sajat adalah isu yang remeh dan pihak berkuasa sepatutnya memberi perhatian terhadap kes yang lebih serius dan kritikal.

Namun begitu, seorang pengguna Twitter tampil membuat pendedahan panjang lebar mengenai kesalahan yang dijalankan Sajat selain daripada berpakaian dan menyerupai seorang wanita.

Antara kesalahan yang dilakukan pengusaha media sosial itu adalah kegagalan membekalkan bengkung kepada stokis yang bernilai lebih daripada RM100,000.

TwitterSumber : Twitter  

Selain itu, kegagalan membayar saman serta dakwaan memalsukan kad pengenalan turut tersenarai dalam kesalahan yang pernah dilakukan Sajat.

Terdahulu. Sajat dilaporkan telah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September dan dibawa ke mahkamah negara berkenaan keesokannya. Dia walau bagaimanapun dibebaskan setelah diikat jamin oleh seorang warga tempatan dengan wang jaminan sebanyak AS$2000.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Transgender Atau Kes Penipuan Duit Stokis? Penahanan Sajjad Jadi Perdebatan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.