Ads Top

Main Ad

Umur Tiga Tahun Dah Pandai Buat Jus Buah, Jebat Jayden Tunjuk Bakat Di Dapur

Anak lelaki kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri Noor Nabila iaitu Jebat Jayden nampaknya sudah pandai menunjukkan bakat memasak di dapur.

Advertisement

Terbaru, Jebat yang kini berusia tiga tahun itu dilihat lincah membuat air jus buah-buahan untuk ibunya di dapur.

View this post on Instagram

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Momen si comel itu turut dikongsikan Noor Nabila menerusi sebuah video pendek yang dimuat naiknya di Instagram untuk tontonan peminat.

Dalam video tersebut, Jebat dilihat sedang kusyuk memasukkan buah-buahan ke dalam mesin pemerah jus dan kemudiannya merasa sedikit rasa air tersebut.

“Sedappp,” kata Jebat comel setelah merasa air jus yang dibuatnya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Jebat yang sudah pandai buatkan jus untuk bonda kesayangan.

“Gaya tu macam orang dah selalu masuk dapur…” komen seorang peminat.

Advertisement

“Kalau camni bila nak penuh Jayden oit, sekali press sekali sedut,” seloroh seorang lagi pengguna media sosial di bahagian komen.

Sekadar info, Jebat Jayden adalah anak hasil daripada perkongsian hidup pelakon Sharnaaz Ahmad dan juga kakak kepada personaliti terkenal Neelofa, Noor Nabila yang lebih mesra dikenali sebagai Bella.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Umur Tiga Tahun Dah Pandai Buat Jus Buah, Jebat Jayden Tunjuk Bakat Di Dapur first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.