Ads Top

Main Ad

“Untuk Saya Mendirikan ‘Masjid’ Yang Itu Lambat Lagi..” -Fizo Omar

Menerusi perkongsian satu foto yang dimuat naik oleh pelakon, Fizo Omar baru-baru ini dengan kapsyen ‘membina masjid’ telah menimbulkan salah faham segelintir netizen.

Advertisement

Ketika pihak Kosmo! Online menghubungi tuan badan, dia berkata,

Pada masa kini untuk saya mendirikan ‘masjid’ (berkahwin) belum lagi. Tapi cita-cita untuk membina masjid, insya-Allah memang ada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, dia sebenarnya terpegun dengan keindahan seni bina masjid Ar-Rahman yang terletak di Pulau Gajah, Sering, Kota Bharu, Kelantan ketika mengunjungi masjid tersebut.

Advertisement

Apabila ditanyakan jika mempunyai hasrat untuk membina masjid, pelakon tersebut tidak menafikan impian untuk berbuat begitu jika berkemampuann satu hari nanti.

Dalam kesempatan itu, Fizo turut menegur segelintir usahawan Islam di negara ini yang sering menunjuk-nunjuk kemewahan sehingga sanggup membuat pinjaman yang besar untuk mempamerkan kepada umum.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Untuk Saya Mendirikan ‘Masjid’ Yang Itu Lambat Lagi..” -Fizo Omar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.