Ads Top

Main Ad

Video Parodi Buat Iqbal Terguris Hati, Catriona Ross Mohon Maaf

Gara-gara video parodi berlakon sebagai Datuk Seri Vida disalah anggap, pelakon Catriona Ross tampil memohon maaf kepada usahawan berkenaan dan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli.

Advertisement

Catriona atau lebih mesra dengan panggilan Kak Kek menafikan tuduhan Iqbal yang mendakwa video parodi tersebut dilakukan semata-mata kerana wang ringgit.

Saya melakukan parodi itu disebabkan duit? Saya nak jelaskan kepada Iqbal, tidak semua benda dalam hidup saya berkiblatkan duit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

Tambah pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sephia itu, video parodi tersebut dilakukannya atas dasar kerja sekali gus menafikan tuduhan dia menerima tawaran lumayan.

Advertisement

Dalam pada itu, Kak Kek turut memohon maaf sekiranya apa yang dilakukan olehnya itu telah melampui batas ataupun menguriskan hati usahawan tersebut.

Parodi Catriona Ross tiru Iqbal dan DSV

Terdahulu, video parodi MeleTOP lakonan Catriona Ross, Jihan Muse, dan Danial Zain melakonkan semula babak kejutan hari jadi Iqbal kepada Vida tular dalam media sosial dan perkara itu telah membuat Iqbal terguris hati serta terkilan dengan gurauan tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Video Parodi Buat Iqbal Terguris Hati, Catriona Ross Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.