Ads Top

Main Ad

Warga Indonesia Sangkakan Kugiran Masdo Asal Dari Negara Mereka

Kugiran Masdo cukup terkenal dengan lagu-lagu berasaskan genre pop 60-an yang dibawa semula dalam dunia muzik di Malaysia. Kugiran Masdo mula dikenali sejak tahun 2015 dengan lagu Bunga, Bercanda Di Malam Indah dan banyak lagi.

Advertisement

Tapi siapa sangka lagu Dinda nyanyian mereka yang dilancarkan sejak 2 tahun lalu tiba-tiba trending semula di aplikasi TikTok. Paling menarik perhatian, lagu ini sangat banyak digunakan netizen dari Indonesia. Bahagian lagu yang paling gemar digunakan mereka adalah “Dinda jangan marah-marah” dengan melakonkan babak isteri sedang memarahi suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita Indonesia (@beritaindonesia_)

Advertisement

Tapi disebabkan lagu tersebut terlalu viral di TikTok Indonesia, ini membuatkan netizen Indonesia beranggapan kumpulan Kugiran Masdo berasal dari negara mereka.

Sangkaan mereka bagaimanapun dijelaskan @beritaindonesia di Instagram dengan menyatakan penyanyi Dinda sebenarnya berasal dari Malaysia.

Lagu Dinda juga kembali ditonton semula di Youtube selepas mendapat sambutan hangat netizen Indonesia. Setakat ini lagu Dinda telah mendapat lebih 6.3 juta tontonan dan 106 ribu tanda suka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Warga Indonesia Sangkakan Kugiran Masdo Asal Dari Negara Mereka first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.