Ads Top

Main Ad

Zarina Anjoulie Tak Mengaku Salah Ambil Dadah Jenis Methamphetamine

Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret Seremban semalam atas pertuduhan beliau menggunakan dadah jenis Methamphetamine pada Jun lalu.

Advertisement

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mahyan Yusof.

Mengikut pertuduhan, pelakon itu telah mengambil dadah sejenis Methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Advertisement

Bagi kesalahan yang dilakukan, dia didakwan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda sehingga RM5000 atau kedua-duanya sekali.

Zarina Anjouline

Mahkamah bagaimanapun membenarkan pihak tertuduh diikat jamin sebanyak RM2000 dan menetapkan 24 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes ini.

Terdahulu, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju ini ditahan oleh sepasukan polis kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Zarina Anjoulie Tak Mengaku Salah Ambil Dadah Jenis Methamphetamine first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.