Ads Top

Main Ad

Zul Ariffin Tarik Diri Daripada ABPBH34, Minta Peminat Berehat

Pelakon berbakat, Zul Ariffin hari ini mengumumkan telah menarik diri daripada menyertai sebarang pencalonan untuk semua kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34. Khabar tersebut dimaklumkan menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya.

Jelas Zul, pengumuman dibuat khas buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kariernya selama ini. Pelakon filem J Revolusi ini berharap peminat-peminat dapat berehat daripada terus mengundi. Malah, keputusan yang diambil itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan Berita Harian.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Katanya, penarikan diri ini bukanlah bermakna dia bersara daripada dunia lakonan atau mahu berhijrah. Sebaliknya dia sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Dia juga sudah bersedia ‘memanaskan’ enjin untuk kerjaya di masa akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Advertisement

Untuk makluman, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan acara tahunan untuk mengiktiraf kerjaya penggiat seni tanah air. Tahun lepas menyaksikan Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemilik trofi Bintang Paling Popular.

Manakala pada tahun 2019, Bintang Paling Popular dinobatkan kepada pelakon dan dramatis jelita, Mira Filzah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Zul Ariffin Tarik Diri Daripada ABPBH34, Minta Peminat Berehat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.