Ads Top

Main Ad

Zul Huzaimy Tak Setuju Pelakon Buat Kelas Lakonan, Merosakkan Industri Seni

Pelakon versatil, Zul Huzaimy berpendapat bahawa tindakan pelakon yang tidak mempunyai kelayakan akademi mahupun pernah merangkul trofi anugerah membuat kelas lakonan boleh merosakkan industri seni.

Menurutnya lagi, bakat dan pengalaman sebagai seorang pelakon dalam industri tidak memadai untuk seorang pelakon mengelarkan diri mereka sebagai seorang guru pelakon.

Tidak semua perkara yang diajar pengarah boleh diguna pakai apabila memasuki lokasi penggambaran lain. Ada yang mungkin hanya sesuai dibawakan pada ketika itu sahaja, tetapi jika masuk ke set drama lain, karakter sudah tidak relevan digunakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m)

Dalam pada itu, aktor yang pernah diangkat Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-21, menerusi filem Wayang itu turut berkata kelas lakonan daripada mereka yang tidak bertauliah ini sudah semakin banyak dilihat dan risau jika ia boleh merosakkan industri seni tanah air.

Advertisement

Zul Huzaimy

Perkara yang membuatkan Zul lagi terkejut, apabila pelakon itu membuat bengkel lakonan tanpa sokongan tenaga pelajar yang lebih pakar dalam bidang lakonan seperti, Rosman Ishak yang boleh berkongsikan ilmu dalam bahagian vokal.

Pelakon kelahiran Gerik, Perak itu juga sempat menasihati kepada pendatang baru agar mempersiapkan diri dengan ilmu lakonan dengan menghadiri kelas lakonan dari pakar.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Zul Huzaimy Tak Setuju Pelakon Buat Kelas Lakonan, Merosakkan Industri Seni first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.