Ads Top

Main Ad

Achey Tak Sangka Jalan Cerita ‘Frontliner’ Memberi Kesan Dalam Dirinya

Selepas menonton lakonannya sendiri dalam filem Frontliner, pelawak terkenal Achey Bocey mengimbau saat ibunya Ngaisah Hassan yang bertarung nyawa melawan Covid-19 pada Ogos lalu.

Achey yang membawa watak sebagai salah seorang anggota polis dalam filem Frontliner berkata jalan cerita filem itu sedikit sebanyak sama dengan apa yang dia lalui ketika ibunya dijangkiti wabak tersebut.

Advertisement

if (vUrlCheck ){ console.log("no BN_MRec_InArticle_1"); }else{ googletag.cmd.push(function() { gptAdSlots[5] = googletag.defineSlot("/16069941/BN_MRec_InArticle_1", [[300, 100], [468, 60], [320, 100], [320, 50], [336, 280], [300, 250], [728, 90]], "div-gpt-ad-1609306205314-0").addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().disableInitialLoad(); googletag.enableServices(); googletag.display("div-gpt-ad-1609306205314-0"); }); }

Ibu kepada ahli kumpulan Bocey itu dimasukkan ke Hospital Segamat pada 12 Ogos lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Sejujurnya jalan cerita filem itu memang boleh dikaitkan dengan keluarga saya sendiri. Bila tonton filem itu memang memberi kesan mendalam kepada saya.

Achey Bocey

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah bersyukur kerana lakonannya didalam filem itu disukai oleh penonton. Namun, ada juga yang memberi kritikan terhadap filem Frontliner. 

Alhamdulillah pada yang suka menonton itu satu bonus untuk kami. Kalau ada yang komen tak suka, itu terpulang kepada mereka

Penyanyi lagu Sakit itu juga beranggapan bahawa setiap karya pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan dan tidak boleh mengikut semua kehendak dan minat penonton semata-mata.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Powered by Blogger.