Ads Top

Main Ad

Aktif Di TikTok, Siti Nurhaliza Dekati Peminat Muda

Penyanyi legend Datuk Seri Siti Nurhaliza mengikuti perkembangan semasa dengan menggunakan aplikasi TikTok sebagai medium untuk mendekati peminat baharu terutama dikalangan orang muda.

Advertisement

Siti Nurhaliza atau nama lengkapnya Datuk Seri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin berkata dalam situasi serba mencabar ini dia perlu berani mencuba pelbagai perkara baharu namun tetap beringat untuk berpada-pada dalam memuatnaik kandungan di aplikasi berkenaan.

@toktitiktok

Jom amalkan #beauessencebeausiti dari @beausitiofficial untuk kecantikan serta kesihatan dalaman & luaran.

? original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

Advertisement

Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu cuba menawan dan mendekati peminat baharu di kalangan remaja serta lingkungan golongan muda yang rata-rata tertumpu kepada medium tersebut untuk berinteraksi termasuk pengguna di luar negara.

Dari situ saya sentiasa sedia untuk berkolaborasi memuatnaik video nyanyian terutama dengan rakan seperjuangan dari seberang seperti ibu Hetty Koes Endang sekali gus memperkenalkan dendangan lama yang malar segar.

Siti Nurhaliza memaklumkan dia mendapat banyak maklumbalas dari peminat. Sejauh mana Siti berkongsi, dia tetap meletakkan had. Apa yang peminat lihat di TikTok itulah Siti Nurhaliza Dan itu jua had yang ditetapkannya.

Siti Nurhaliza

Saya mempromosikan semua rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit SimplySiti sekali gus menarik kelompok pengguna remaja.

Penghibur nombor satu negara itu turut meluahkan rasa syukur jenama kecantikan popular miliknya itu disokong pengguna setia serta mempelbagaikan corak pemasarannya menerusi online termasuk Tiktok untuk mendekati pelanggan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Aktif Di TikTok, Siti Nurhaliza Dekati Peminat Muda first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.