Ads Top

Main Ad

“Allah Sebaik-Baik Perancang..” Diuji Dengan Penyakit Kritikal, Ashira Titip Doa Istimewa Buat Bad Indigo

Penyanyi Ashira Aziz dilaporkan ada menyambut ulang tahun kelahiran suami tercinta, Bad Indigo yang ke-46, semalam.

Advertisement

Meskipun kehidupan mereka berdua sedikit diuji setelah Bad disahkan menghidapi penyakit kritikal, Ashira tetap menyayangi suaminya itu dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.

Sempena hari jadi Bad, Ashira berkongsi ucapan serta doa istimewa untuk suaminya itu supaya sentiasa kuat menghadapi dugaan hidup.

Advertisement

Ashira atau nama sebenarnya Sharifa Nur Ashira Syed Abdul Aziz,37, berkata dia reda dengan setiap dugaan yang diberi oleh Allah untuknya dan juga suami.

Hidup kita mungkin tidak berjalan seperti apa yang dirancang. Tapi perjalanan hidup ini berjalan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Apa-apa pun, Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang. Jadi kita harus terus berdoa. Semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki dan bahagia dunia akhirat.

Dia dalam pada itu turut mencoretkan ucapan sayang buat Bad di samping memuat naik foto suaminya itu lengkap berbaju melayu putih ketika majlis akad nikah mereka pada Mac lalu.

Tedahulu, semua jari kaki sebelah kiri Bad yang merupakan salah seorang ahli kumpulan muzik Indigo itu terpaksa dipoton akibat penyakit kencing manis kronik.

Pemilik nama lengkap Badrul Izhan Yeop Abdullah itu turut mengakui memerlukan wang yang banyak untuk rawatan susulan setelah pembedahan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Allah Sebaik-Baik Perancang..” Diuji Dengan Penyakit Kritikal, Ashira Titip Doa Istimewa Buat Bad Indigo first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.