Ads Top

Main Ad

Ameera Khan ‘Unfollow’ Jefri Nichol Di IG, Netizen Syak Hubungan Mesra Sudah Berakhir

Kisah percintaan personaliti media sosial terkenal, Ameera Khan dan aktor kacak Indonesia, Jefri Nichol telah mencuri perhatian warganet apabila dikatakan sudah putus.

Advertisement

Menurut Gempak, Ameera tidak lagi mengikuti Jefri di laman Instagram, namun pelakon filem Kuntilanak itu masih mengikuti adik kepada pengacara terkenal, Neelofa.

Malah di platform TikTok, terdapat seorang pengguna Indonesia @bekacorp berkongsi status kedua-dua personaliti tersebut yang mengundang tanda tanya kepada orang ramai.

@bekacorp ada yg tau mereka knpa?? #jefrinichol #ameerakhan #CanYouFlipWithUs #masukberanda #bukanmaen #love #instagram #bahaya #putus #fyp #viral #broken #lol ? Bahaya – Arsy Widianto & Tiara Andini

Sementara itu, meninjau di ruangan komen video hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok itu, ramai warganet dari dua negara membuat andaian tentang hubungan mereka memandangkan Ameera telahpun memadam semua komen yang ditinggalkan oleh Jefri di ruangan komen gambarnya.

Advertisement

Ameera Khan dan Jefri

Namun, tidak kurang juga ada yang mempertahankan pasangan itu dengan meminta orang ramai untuk tidak masuk campur urusan hubungan mereka berdua.

Terdahulu, Ameera dan Jefri terlihat saling meninggalkan komen-komen mesra di lama Instagram masing-masing seperti sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Ameera Khan ‘Unfollow’ Jefri Nichol Di IG, Netizen Syak Hubungan Mesra Sudah Berakhir first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.