Ads Top

Main Ad

Anak Bongsu Dihina Dan Dimaki, Ude Wahid Bengang Netizen Ganggu Izreen Ketika Berpantang

Suami kepada pelakon Izreen Azminda, Ude Wahid meluahkan rasa bengang apabila isterinya itu didakwa sering diganggu individu yang tidak bertanggungjawab di media sosial Instagram.

Advertisement

Ujar Ude, individu-individu tersebut menyerang keluarganya dengan bahasa biadap malah turut menghina cahaya mata yang baru sahaja ditimang mereka, baru-baru ini.

IG Ude WahidSumber : Instagram Ude Wahid  

Sehubungan dengan itu, Ude meminta mereka yang masih tidak berpuas hati dengan rumah tangga yang dibinanya bersama Izreen agar berhenti melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

Sudah-sudah la korang ni nak ganggu rumah tangga aku. Apa la yang korang semua tak puas hati sangat? Tak boleh ka tengok aku bahagian dengan kehidupan aku sekarang. Aku tak kacau korang pun kan. Tak ganggu hidup korang pun kan. Tak habish-habis nak ganggu isteri aku yang dalam pantang.

Dia dalam pada itu turut menyelar tindakan segelintir individu yang tergamak memaki hamun dan menghina anak bongsu mereka di Instagram.

Difahamkan Izreen kini dalam tempoh berpantang setelah melahirkan anak kedua mereka iaitu seorang bayi lelaki pada 21 September lalu yang diberi nama Ali Idrees.

Advertisement

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017 secara sembunyi sehingga menimbulkan kontroversi di antara bekas isteri Ude, Intan Liana yang tidak mengetahui mengenai perkahwinan mereka itu.

Ude kemudian menceraikan Intan Liana pada 22 Mac 2018. Mereka berdua juga mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Anak Bongsu Dihina Dan Dimaki, Ude Wahid Bengang Netizen Ganggu Izreen Ketika Berpantang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.