Ads Top

Main Ad

Anggap Temu Bual Berat Sebelah, Banyak Putar Belit Cerita, Sepupu Sajat Nak Saman Harith Iskander

Baru-baru ini, temubual yang dilakukan oleh Harith Iskandar bersama usahawan penuh kontroversi iaitu Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman hangat disebut oleh warganet.

Advertisement

Dalam sesi temu bual itu, Sajat ada menceritakan kronologi yang telah terjadi dalam hidupnya sehinggakan dia mengambil keputusan untuk berpindah ke negara Australia.

Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang kurang bersetuju dengan pendedahan yang dibuat oleh Sajat di dalam sesi temu bual tersebut.

Facebook Nurnilam Sari

Individu terbabit merupakan sepupu kepada Sajat iaitu Nurnilam Sari, beliau mengatakan banyak fakta yang telah pun diputar belitkan oleh usahawan itu dan menjelaskan berkaitan kes penipuan dengan cara yang salah.

Advertisement

Nurnilam yang dikatakan sebagai ‘mangsa’ turut tampil membangkang kata-kata yang diucapkan oleh Sajat di dalam temu bual itu. Dalam pada itu, Nurnilam serta seorang lagi individu bernama Nurwati Husin yang terlibat dalam kes penipuan Sajat berkata bakal menyaman Harith Iskander kerana menganggap sesi temu bual tersebut berat sebelah.

Sepupu sajat nak saman harith iskandar

Walau bagaimanapun, Harith Iskander menerusi laman Facebooknya telah memuat naik sebuah status mengatakan bahawa dia sama sekali tidak memihak dimana-mana pihak dan berkata hanya mahu rakyat Malaysia mendengar sendiri apa yang diperkatakan oleh Sajat tanpa perlu mempercayai bulat-bulat segala perkataan yang keluar dari mulutnya.

Status Facebook Harith Iskander

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Anggap Temu Bual Berat Sebelah, Banyak Putar Belit Cerita, Sepupu Sajat Nak Saman Harith Iskander first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.