Ads Top

Main Ad

Anjur ‘Baby Shower’ Bersama Keluarga, Kak KM Umum Bakal Timang Anak Perempuan

Usahawan kosmetik terkenal, Liana Rosli yang mesra disapa sebagai Kak KM dilaporkan ada menganjurkan majlis ‘gender reveal’ bagi bayi yang kini sedang dikandungnya, semalam.

Kak KM yang tampil seksi dengan gaun merah mengumumkan bahawa dia bakal menerima kehadiran bayi perempuan, tidak lama lagi.

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan Kak KM menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

BACA: “Baru Bercerai Tak Ada Job..” Kak KM Balas Teguran, Lufya Omar Harap Allah Tegur

Majlis tersebut turut dihadiri ahli keluarganya serta sahabat handai.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan pengikut media sosial usahawan itu teruja dengan berita gembira tersebut dan juga menitipkan ucapan tahniah buat Kak KM sekeluarga.

Sekadar info, Liana yang merupakan anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri itu turut mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Anjur ‘Baby Shower’ Bersama Keluarga, Kak KM Umum Bakal Timang Anak Perempuan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.