Ads Top

Main Ad

Anjur Bridal Shower, Bridesmaid Uqasha Senrose Dapat Rantai Loket Setiap Seorang

Hanya menghitung hari menuju hari bahagia, pelakon jelita Uqasha Senrose khabarnya ada menganjurkan majlis meraikan pengantin ataupun ‘bridal shower’ sempena hari perkahwinan yang akan menjelang nanti.

Majlis ringkas namun meriah itu difahamkan turut dihadiri adik beradik serta sepupunya yang diadakan di sebuah restoran terkenal di ibu kota.

Advertisement

Turut kelihatan, pelakon Nelydia Senrose, Aprena Manrose dan Raysha Rizrose dalam majlis tersebut.

Advertisement

Apa yang mencuri tumpuan, hadiah istimewa turut disediakan Uqasha buat ‘bridesmaid’ iaitu berupa rantai loket yang dilekatkan gambarnya.

Uqasha Senrose

“Rantai ini untuk my bridesmaid..” ujarnya ringkas sambil menyarungkan rantai tersebut kepada sepupunya, Aprena Manrose.

Dalam satu hantaran berasingan, tunang Uqasha iaitu pelakon Kamal Adli turut memuat naik foto kekasihnya di Instagram untuk tatapan peminat.

Sekadar info, Kamal dan Uqasha telah selamat melangsungkan pertunangan pada bulan April yang lalu dan akan bernikah pada satu tarikh yang akan diumumkan nanti.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Anjur Bridal Shower, Bridesmaid Uqasha Senrose Dapat Rantai Loket Setiap Seorang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.