Ads Top

Main Ad

Artis Wanita Popular Cuba Mendekati Lepas Kehilangan Isteri, Shuib Tampil Nafi Dakwaan Tidak Berasas

Baru-baru ini, timbul khabar angin mengatakan ada seorang pelakon yang juga bekas anggota kumpulan wanita popular cuba mendekati duda empat anak, Shuib Sepahtu.

Advertisement

Shuib yang sebelum ini kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah akibat jangkitan COVID-19 tampil menafikan gosip tersebut dan turut berkata dia tidak tahu menahu sama sekali mengenai dakwaan tidak berasas tersebut.

 

Advertisement

Saya tak tahu langsung..siapa ya? Allahuakbar, saya tidak tahu. Sekarang ni, memang tiada mana-mana perempuan yang cuba mendekati saya.

Shuib yang ditemui ketika majlis Indigital Music Nite di D’Empangan Udang Galah, Putrajaya memaklumkan bahawa dia enggan lagi memikirkan soal jodoh buat masa sekarang namun tidak menolak jika ada wanita yang mampu mengisi kekosongan hati.

 

Soal jodoh saya tak berani nak cakap banyak, tentulah percaturan Allah SWT paling tepat. Saya tak akan tolak jodoh. Apa yang Allah berikan itu yang terbaik. Saya juga takkan cakap yang saya tidak akan berkahwin. mungkin saya muda lagi, baru 37 tahun, anak ada empat orang. Tetapi saya serahkan pada Allah SWT tentang masa depan, jodoh dan siapa yang saya akan berkawan.

Dalam pada itu, Shuib berkata jika suatu hari nanti dia akan bertemu jodoh yang baru, wanita itu mestilah tidak mempunyai sebarang persamaan dengan arwah isterinya kerana Siti Sarah tergolong dalam kelasnya yang tersendiri.

Jelasnya lagi, anak-anak adalah keutamaan buat dirinya pada ketika ini serta turut bersetuju dengan pendapat bahawa kesemua permata hatinya itu memang memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Sekadar info, Shuib dan arwah Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Artis Wanita Popular Cuba Mendekati Lepas Kehilangan Isteri, Shuib Tampil Nafi Dakwaan Tidak Berasas first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.