Ads Top

Main Ad

Aww So Sweet… Zizi Kirana Dedah Yusuf Bahrin Larang Dirinya Buat Kerja-Kerja Berat

Hampir sebulan bergelar suami isteri, pasangan romantis Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin nampaknya semakin bahagia melayari bahtera rumah tangga dan menjalani fasa bercinta selepas kahwin berdua.

Advertisement

Terbaru, mereka berdua ditemui dalam sesi temubual bersama stesen radio Singapura, Ria 897 mendedahkan bahawa pelakon Yusuf Bahrin mempunyai cara tersendiri dalam mendekati Zizi sebagai seorang wanita dan isteri.

Ujar Zizi, suaminya itu melarang dia untuk melakukan sebarang kerja berat dan renyah.

Advertisement

Dia tak bagi saya buat kerja berat-berat..katanya tak payah. Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang. Jadi, saya pula rasa tak biasa.

Jelas Zizi, ketika waktu bujang dia tinggal sendirian dan banyak melakukan kerja harian seorang diri.

Dalam pada itu, Yusuf turut ditanyakan mengenai siapakah yang lebih cerewet dalam menguruskan perihal rumah tangga dan dia memaklumkan bahawa Zizi lebih rapi orangnya.

“Saya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang ‘sakit mata’ bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula..” ujar Yusuf.

Kata pasangan dua sejoli ini lagi, perkahwinan bersifat saling melengkapi antara satu sama lain dan perlulah bertoleransi serta menerima kekurangan serta kelebihan pasangan masing-masing.

Cerita Yusuf lagi, sebelum berkahwin dia kerap menghubungi ibu Zizi bagi mengenali dengan lebih lanjut mengenai keperibadian isterinya itu.

Sebelum kahwin, saya call mak dia dulu. Mak dia cakap kalau marah pun diam, sedih pun diam. Susah nak luahkan perasaan dia. Jadi saya kena sabar, bila sampai masa macam tu nanti..

Terdahulu, Zizi Kiranan dan Yusuf Bahrin telah selamat mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu dalam sebuah majlis ringkas bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur setelah tidak sampai setahun menjalinkan persahabatan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Aww So Sweet… Zizi Kirana Dedah Yusuf Bahrin Larang Dirinya Buat Kerja-Kerja Berat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.