Ads Top

Main Ad

Azfar Heri Tak Sangka Tercalon Dalam Top 5 Kategori YouTuber Popular ABPBH 34

Personaliti media sosial dan YouTuber terkenal, Azfar Heri tidak menyangka dia antara yang tercalon dalam Top 5 kategori YouTuber Popular bagi edisi ke-34 acara Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH). Dahulunya, dia hanya membesar dengan menonton ABPBH di televisyen untuk saban tahun.

Advertisement

Azfar atau nama penuh, Muhammad Azfar Herisyam bersaing dengan Alieff Irfan, Aqil Zulkiflee, Che Nom dan Cikidot Channel.

Azfar akui masih terkejut apabila mendapat tahu dia mara sebagai Top 5 dan bersaing dengan YouTuber lain yang sangat hebat dan lebih berpengalaman.

Advertisement

Ketika mula disenaraikan dalam calon awal, saya tidak sangka. Sudah ke tahap ini, saya percaya semua itu rezeki. Tercalon pun sudah kira cukup baik dan buat saya teruja.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata pada mulanya, dia sekadar membuka akaun YouTube sendiri untuk menonton video yang dibuat orang lain. Azfar mula mencuba memuat naik kandungan video sendiri pada 2018, tetapi terhenti kemudiannya.

Azfar Heri

Dipendekkan cerita, Azfar mula mendapat perhatian orang ramai di Instagram dan Twitter apabila dia sering berkongsi video memasak. Tambah Azfar, dia juga masih menuntut dalam bidang rekaan multimedia di sebuah universiti di ibu negara.

Namun, sesibuk mana pun dia membahagi masa dengan belajar dan berniaga, Azfar berkata dia akan selalu cuba curi masa membuat video baharu untuk dimuat naik di YouTube untuk tontonan ramai.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Azfar Heri Tak Sangka Tercalon Dalam Top 5 Kategori YouTuber Popular ABPBH 34 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.