Ads Top

Main Ad

“Bagai Nak Mati Bayar..” – Tiga Tahun Kumpul Duit Beli Mikrofon, Aina Abdul Nafi Menunjuk-Nunjuk

Penyanyi popular Aina Abdul menyimpan duit selama tiga tahun bagi membeli mikrofon idaman yang dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit demi kepuasannya untuk menyanyi.

Advertisement

Aina atau nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani berkata dia sudah lama menyimpan impian untuk mempunyai mikrofon sedniri seperti penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Taylor Swift.

Aina Abdul

Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu berkata dia mengambil masa selama tiga tahun untuk mengumpul duit untuk membeli mikrofon sendiri dan telah mengumpulnya sejak pelancaran lagu Sumpah.

Bila saya tengok Datuk Siti Nurhaliza dan Taylor Swift ada mikrofon sendiri setiap kali membuat persembahan menjadi motivasi buat saya. Sebagai penyanyi, kena ada mikrofon sendiri.

Aina, 28, menegaskan dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk namun sekadar ingin memberi semangat kepada dirinya. Malah, dia berasa lebih selesa menggunakan mikrofon tersebut biarpun harganya mahal daripada biasa.

Penyanyi lagu Semalam itu berkata baginya, berbeza menyanyi dengan mikrofon biasa dengan sendiri.

Mudah untuk saya menyanyi walaupun harga bagai nak mati bayar. Tapi yang penting senang untuk saya menyanyi dan selesa.

Sebelum ini, Aina berkata dia pernah beberapa kali menggunakan mikrofon jenama itu tetapi hanya meminjam. Dari situ, dia berjanji akan membelinya sendiri.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Bagai Nak Mati Bayar..” – Tiga Tahun Kumpul Duit Beli Mikrofon, Aina Abdul Nafi Menunjuk-Nunjuk first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.