Ads Top

Main Ad

Bantu Pelajar Universiti Lariskan Produk Di IG, Niat Murni PU Riz Raih Perhatian Peminat

Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, suami kepada Neelofa, Haris Ismail dilihat berbesar hati membantu seorang individu yang ingin mempromosikan perniagaan menjual gincu bibir secara maya.

Advertisement

Difahamkan, individu tersebut merupakan seorang penuntut Universiti tempatan dan telah bertindak menghantar sepucuk surat kepada Haris untuk tunjuan promosi.

Berikutan itu, Haris telah mempromosian perniagaan individu tersebut di ruangan IG Story.

Advertisement

Dalam surat tersebut gadis dikenali sebagai Izzati itu berkata bahawa dia baru sahaja memulakan perniaggan menjual gincu bibir jenis matte dengan harga RM22 sebatang yang dipasarkan di platform jual beli Shopee.

IG Story PU Riz

Haris kemudian turut meletakkan ‘tagging’ kedai dalam talian milik gadis terbabit untuk memudahkan urusan orang ramai yang ingin membeli produk tersebut.

Terdahulu, Haris dan isteri, Noor Neelofa telah melancarkan produk terbaru berupa pelitup muka yang dilaporkan telah terjual sebanyak 220,000 helai hanya dalam masa tiga jam selepas ia dipasarkan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bantu Pelajar Universiti Lariskan Produk Di IG, Niat Murni PU Riz Raih Perhatian Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.