Ads Top

Main Ad

“Banyak Lagi Perkara Perlu Saya Belajar” – Firdaus Gufran Tak Sangka Lakonan Diterima Penonton

Pelakon remaja Firdaus Ghufran yang mula bertapak di dunia glamor seawal usia enam tahun menerusi bidang lakonan dan pengiklanan mengakui minatnya dalam bidang lakonan tidak pernah terhenti, malah semakin bertambah seiring dengan usianya yang kini mencecah usia 19 tahun.

Advertisement

Firdaus atau nama sebenar Muhammad Firdaus Ghani Ghufran berkata dia tidak pernah rasa jemu dalam membina nama apatah lagi selepas penat lelahnya itu kini terbalas dan mampu dibanggakan apabila drama yang dibintanginya tahun lalu, Budak Tebing mencipta fenomena.

Firdaus Gufran

Dalam drama arahan pengarah Feroz Kadir itu, bakat semula jadi yang dipersembahkan Firdaus mula menjadi perhatian, bualan, pujian ramai.

Alhamdulillah, saya sendiri tak pernah sangka drama Budak Tebing diterima dan hangat diperkatakan ramai.

Menurutnya, ramai lagi pelakon berbakat dan hebat dalam drama tersebut. Siapa tak kenal dengan Aedy Ashraf, Adam Lee, Syazwan Zulkifly dan Eyka Farhana. Firdaus beranggapan bahawa dia hanya menumpang tempias populariti mereka sahaja.

Advertisement

Firdaus menyifatkan drama berkenaan secara tidak langsung membuatkan namanya melonjak dan memperkenalkan dirinya kepada umum. Baginya, banyak lagi ilmu dan perkara yang perlu dipelajarinya untuk bergelar seorang anak seni hebat satu hari nanti.

Walaupun masih muda, Firdaus beranggapan peluang keemasan yang jatuh ke riba tidak harus disia-siakan begitu sahaja sekali gus mengukuhkan namanya. Dia bersyukur dengan kebenaran dan kelonggaran yang diberikan kerajaan buat anak seni sepertinya untuk kembali bekerja.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Banyak Lagi Perkara Perlu Saya Belajar” – Firdaus Gufran Tak Sangka Lakonan Diterima Penonton first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.