Ads Top

Main Ad

Belum 24 Jam Pengumuman Rentas Negeri, Norman Hakim Kagum Memey & Abby Dah Siap Rancang Percutian

Pelakon dan pengacara, Norman Hakim menzahirkan rasa kagum kepada isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi yang sering membuat persiapan rapi setiap kali mereka sekeluarga ingin berancang bercuti bersama anak-anak.

Advertisement

Kata Norman, setelah hampir dua tahun mereka sekeluarga tidak mengadakan sebarang aktiviti bercuti bersama, kini perancangan rapi telah pun dibuat dan ia dijangka berlarutan hingga hujung tahun.

Dalam pada itu, Norman turut memuji usaha yang dilakukan oleh ibu-ibu itu kerana sanggup meluangkan masa merancang setiap aktiviti dan perjalanan mereka.

Advertisement

Tak sampai 24 jam pengumuman, laju je diorang @memeysuhaiza @abby_abadi112 buat plan. Nampak macam sampai ke hujung tahun ekk?

Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon drama The Maid di dalam akaun media sosial, Instagramnya.

Abby Abadi, Memey Suhaiza

Dalam pada masa yang sama, Norman juga turut dilihat sempat berseloroh menasihati anak-anaknya supaya sentiasa peka dengan setiap perancangan yang telah dibuat oleh Memey dan Abby.

Mesti tak sabar nak bercuti bersama-samakan!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Belum 24 Jam Pengumuman Rentas Negeri, Norman Hakim Kagum Memey & Abby Dah Siap Rancang Percutian first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.