Ads Top

Main Ad

“Bentuk Muka Bumi Dan Pokok Tinggi Punca Internet Lemah..”- Tan Sri Annuar Musa

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memberitahu punca masalah capaian internet yang lemah di Kampung Seri Kesinai adalah disebabkan oleh keadaan bentuk muka bumi dan kewujudan pokok-pokok tinggi di kawasan berkenaan.

Advertisement

Ujar Annuar, perkara tersebut dikenal pasti usai sahaja siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 21 Oktober lalu.

Annuar Musa TwitterSumber : Twitter Annuar Musa  

Susulan daripada itu, kerja pengoptimuman menara berhampiran akan mula dilakukan pada 25 Oktober dan dijangka siap pada 8 November sebagai salah satu langkah penyelesaian.

Menara Kampung Baharu telah selesai dinaik taraf bagi menambah baik kualiti 4G dan menara baharu di Sungai Chuchuh juga telah mula beroperasi dengan memberi perkhidmatan dan manfaat yang lebih baik bagi penduduk di sana.

Terdahulu, media tempatan melaporkan penduduk kawasan Kampung Seri Kesinai, Padang Besar menghadapi dilema berikutan capaian internet yang lemah.

Advertisement

Situasi itu telah menyebabkan penduduk tempatan terpaksa keluar rumah bagi mencari kawasan yang mempunyai liputan internet lebih kuat hanya semata-mata untuk mengakses e-mel bagi urusan kerja.

Malah, perkara itu semakin memburuk apabila mereka mempunyai anak-anak yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Difahamkan juga, ibu bapa pelajar sekolah di kawasan sekitar sering saja membuat aduan mengenai masalah tersebut ketika perjumpaan namun menemui jalan buntu kerana isu berkenaan tidak pernah selesai sehingga ke hari ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Bentuk Muka Bumi Dan Pokok Tinggi Punca Internet Lemah..”- Tan Sri Annuar Musa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.